Saturday, April 14

saya terima kalau awak terima .

awak , tak perlu nak berduka lara 
buangkan segala nestapa
fikirkan kesalahan dahulu kala 
baru tahu meminta minta
agar diberi segala benda 

awak tak perlu nak mengata 
sedar apa yang dilalui sebelum berkata
tiada siapa yang sempurna
kalau itu yang awak pinta
bukan orang lain tak nak menerima 
tetapi awak tersalah cara 

awak , saya bukan mencari musuh segala
untuk apa itu semua 
kalau itu bikin awak pusing tak tentu hala
teruskan dengan perjuangan yang belum terlaksana
tak perlu nak berfikir seperti otak pemikiran tiada upaya

awak , saya disini hanya berserah pada yang Esa 
kalau apa yang awak kata
itu lah saya yang sebenarnya 
mungkin saya boleh terima 
itu lah saya
tetapi apa yang awak tahu itu tidak tepat belaka
mungkin ada salah dimana mana
mungkin dari segi bicara
mungkin dari segi segala galanya 

awak , saya minta maaf atas segala
bukan tanda saya mengalah atau apa
tetapi lebih kepada untuk menjaga hati ini yang tak pernah melaluinya
ini semua angkara siapa 
tak perlu disogok sogok , menuduh tanpa tahu apa cerita sebenarnya
cukup kita sesama 
tepuk dada , tanya selera 

:)

*********************************

untuk pengetahuan si penghibur dahulu kala , saya bukan kalah dengan awak atau sesiapa .
saya tetap saya 
inilah saya
sekarang saya bahagia
tak perlu nak bersoal jawab dengan sesiapa 
kecuali awak bertanya pada tuan empunya 
siapa ?
saya ..
kerana saya adalah yang berhak untuk menjelaskan apa yang sebenar benarnya . 
sekian saja . 

salam persahabatan daripada saya tetapi kalau tak suka tak perlu buat macam macam muka .
terima saja apa saja yang saya katakan dengan hati terbuka .
awak bukan kanak kanak segala .

salam .

No comments: