Thursday, May 24

Segenggam tabah .




seruan Ilahi menjemput umatNya menunaikan kewajipan
tanpa disedari kadang kala diri ini lakukannya sambil lewa , 
selalu membuang masa 
semata mata untuk mencari ketenangan sementara 
dengan harapan , khusyuk lah apabila dilakukan suruhan itu 

pabila sudah rasa perasaan tenang menguasai diri 
baru bergegas memaksa diri kecepatan agar tidak terlalu lewat untuk menunaikannya 

niat di hati agar diberikan ketenangan 
tidak dicampuradukkan dengan masalah yang menimpa
tidak pusing otak memikirkan apa yang tidak sepatutnya pabila menghadapNya  
cuba fahami apa yang dibaca 
cuba tidak lupa rukun yang wajib dilakukan 
cuba mengandaikan Dia berada di hadapan mata 
ketakutan apabila lakukan kesalahan 
dah lakukan kesalahan , sekaligus apa yang dibuat ternyata akan menjadi sia sia 

kekuatan menghadap Dia ketika hati sedang bergetar melawan resah 
ketabahan diri menahan airmata daripada jatuh bersisa 
itu semua adalah kerana kesabaran untuk mengakhiri kewajipan 

tetapi tidak lagi pada sujud yang terakhir
tika dahi menyentuh sejadah yang menjadi saksi ketika itu
buat kali terakhir sebelum penghabisan
airmata tidak bisa bertahan lagi untuk mengalir
terasa diri begitu dekat dengan diriNya 
diriNya yang dilupai ketika berada di atas , kesenangan 
tetapi diriNya juga yang disembah ketika di bawah , kesempitan
apa lah diri 
baru sedarkan diri apa yang sangat dikesali
sebelumnya , kejahilan menguasai diri
begitu gah dengan kesenangan yang dikecapi

biarkan dia 
kata dalam hati sendiri 
biarkan dia jatuh jika itu yang membuatkan Dia mengetahui apa yang sangat sangat dirasai oleh hambaNya
seharian bergetar jiwa keresahan 
menunggu detik detik itu
saat airmata jernih itu keluar dirembeskan 
keluar daripada empangan yang sudah terlampau banyak isinya bertakung
sebelumnya duduk diam menahan 
semata mata untuk kekuatan diri
agar tidak menangisi apa yang tiada berguna

empangan pecah juga , tiada apa lagi yang boleh menghalang
Dia saja yang menjadi saksi
teresak esak hambaNya menyesali apa yang telah dilakukan
pada saat itu
semua permintaan dilafazkan
agar segera dimakbulkan
agar segera diperkenankan
kerana diri sudah tiada daya , terlalu lemah
maka , minta diberikan kekuatan semula membaiki kelemahan diri
dari hari ke hari
bukan untuk sesiapa lagi
tetapi cukup lah untuk diri sendiri yang menginginkan kemuliaan disisiNya


>>  bibir mudah melafazkan bencinya apabila diperlakukan sebegitu dan sebegini
      tetapi bila di tinggalkan sepi , otak berfikir tiada siapa yang boleh dipersalahkan melainkan diri sendiri
      semuanya datang dari penerimaan hati sendiri yang membenarkan yang dibenci menguasai hati
      bersetuju bukan di atas kertas tetapi hanya cukup luahan yang sedikit demi sedikit
      sudah menenggelamkan benteng kekuatan hati
      dahsyat penghormatan diri sendiri dilanyak lanyak
      cukup lah selepas ini jika kebenaran sudah diketahui nanti
 
hati , mohon kesabaran . suatu hari , pasti akan disembuhkan semula luka yang masih berbekas .
















No comments: