Thursday, May 31

Masih tidak tahu diri .



kamu boleh berdiri di situ dan tersenyum
kamu boleh duduk di sana dan ketawa
tetapi kamu tidak boleh menipu saya
saya tahu ianya cuma topeng
kamu cuba berbohong kepada saya dan semua orang
tetapi kenapa kamu berbohong pada diri kamu sendiri ?
kamu boleh berlagak tenang bagaikan tiada apa yang berlaku dan cuba untuk kelihatan hebat
tetapi saya tahu emosi kamu
saya tahu kamu bodoh , dungu
kamu setidaknya layak untuk terus berada di situ , kawan
saya sungguh benci untuk mengatakan ini
tetapi jujur lah ini sebenarnya pengakhiran kita

apa apa pun kamu katakan semuanya yang benar
betul itu
saya tidak pernah berkata kamu tidak betul
begitu juga saya
saya tidak mengatakan saya betul atau salah
tetapi mungkin kadang kala sebaliknya
apa yang sebaliknya ?
kadang saya rasa tidak tahu
dan rasa itu membuatkan saya rasa perjuangan untuk membetulkan itu semua
tidak berbaloi

saya rela mempersalahkan diri sendiri
mungkin saya sudah menjadi pemain di dalam permainan yang dicipta oleh kamu sendiri tanpa sebarang permit
itu menyebabkan saya rasa saya kehilangan kuasa untuk terus bermain
saya cukup dikenali dalam permainan yang kamu cipta itu
tetapi sikap kamu yang terlalu bossy itu
yang terlalu inginkan kemenangan sebelah kamu sahaja
saya terpaksa relakan saja kemenangan maruah saya mengundur diri

saya terpaksa berhadapan dengan perkara yang sama dengan kamu beberapa kali
notis itu !
perkataan kasar mana yang tidak pernah kamu katakan
perkataan kasar mana yang tidak pernah kamu lemparkan
perkataan mana tidak pahit apabila dipaksa telan
bila difikirkan mungkin itu lah yang diajar kepada kamu selama kamu hidup
mungkin itu sudah dididik oleh suasana di sekeliling kamu
mungkin juga sebab faktor kematangan
kamu merasakan kamu berhak untuk itu

cetek !
karat sungguh otak kamu ,
kamu seharusnya beringat apabila ingin mengatakan sesuatu
kerana dengan kata kata
sudah cukup membuatkan seseorang itu menang
berpaling daripada kamu dengan penuh bermaruah di pengakhiran nya
itu lah nasib diri kalau sentiasa menginginkan sesuatu yang baik tetapi sebenarnya ,
itu bukanlah yang terbaik .















Monday, May 28

Doesn't care but have to face it alone . La Tahzan ..

ada telinga , dengar dengan teliti apa yang diperkatakan
ada mata , lihat apa yang tertulis
ada mulut , cakap apa yang sebetulnya
ada tangan , ada kaki , gunakan sebagai pembawaan diri jauh , jauh dan jauh selagi daya
.. dari apa yang telah didengar
.. dari apa yang telah dilihat
.. dari apa yang sudah diberitahu

ada hati .. ?
ada otak .. ?
sebenarnya dua benda itulah bikin segala kalut .
selepas apa yang didengar , dilihat , diberitahu
apa yang dua itu lakukan .. ?
apa yang di putuskan .. ?

jawapan .. tetap tiada apa titik

pada mulanya , telinga seperti dipanah petir
apa yang didengar , dirasakan tidak betul
rasa seolah olah bara yang panas membakar bikin telinga sakit , pedih .
diam lagi , berlakon seperti tidak didengar
olehnya apa apa

kemudian , mata dijamah dengan tulisan bagaikan mencucuk cucuk ke dalam mata
hati membuak buak mahu tahu apa yang sebenarnya daripada mula
tulisan yang tidak enak dibaca itu dibaca juga satu persatu
soalan demi soalan di beri
jawapan demi jawapan pula berselirat dengan kata kata kemenangan bagi dia
bagi kau , itu cuma kata kata penafian
bukan itu sebenarnya yang ingin diluahkan
tetapi sebaliknya
itu semua dibuat sebab apa .. ?
tepuk dada , tanya selera

mulut pula bagaikan halilintar
satu persatu perkataan yang kurang enak juga boleh kira ,
menyumpah seranah , mengeji , melenting , memboikot apa yang dilihat
biarlah mulut berbicara
biarkan telinga orang lain menjadi sasaran
biarkan aje lah mata orang lain melihat apa yang dilakukan ketika mulut ligat berkata kata 'manis' kepada yang berhak menerima


padahal kau sedia maklum
dia tidak akan peduli
jika itu yang ditulis , terluah dari hati sendiri
kau kena terima
dia tidak endahkan apa yang kau hendak perkatakan
bagi dia , itu lah satu kepuasan

satu kepuasan dengan kata kata penafian
satu kepuasan kau senyap tanpa berita dikatakan buntu dengan cara itu
satu kepuasan kau dah lakukan yang terbaik tetapi dia lukakan kau dengan kata kata yang tanpa disedari telah dinafikan oleh kau sendiri
satu kepuasan bagi dia menuduh kau tidak memahami
satu kepuasan juga barangkali bagi dia apabila diberitahunya kepada orang lain yang tidak berhak tahu sesuatu itu tetapi terusan memberitahu , kononnya luahan hati tetapi yang berhak itu sepatutnya tahu tidak pula diberitahu



ah , celaka lah hidup kalau begitu seterusnya
kau yang sengsara
orang lain juga bahagia barangkali sebab ada peluang dan ruang untuk niat syaitan 
terusan lah bermasalah kau dan dia kalau betul salahnya tempat yang dituju itu

fikiran cetek itu nanti akan mendatangkan musibah 
masalah dibikin nya masalah lagi
sudahnya kau lintang pukang memikirkan lagi dan lagi apa yang harus dilakukan

tetapi percayalah ..
pada masa itu , baru lah kedua itu berguna 
otak dan hati itu 
mungkin boleh berfikir dan mati 
apabila sudah sampai had nya 
kau yang tenggelam di sebalik rupa syaitan syaitan bertopengkan malaikat itu nanti 
masa itu , penyesalan sudah tiada erti 

























Hati bosan .


rasa susah dan payah itu seringkali membuatkan kau mahu terus putus asa . sehingga kan setiap perkara di hadapan terus ditinggalkan tidak dipedulikan . namun , sampai bilakah mahu kau berputus asa , tidak mahu berusaha ? kelak mati menjelma , penyesalan sudah tidak ke mana . bangsa bedebah diri kau , Aina . bodoh ! titik



Sunday, May 27

Unsaid words .

day 4 ..... ?? 
 
hati tertanya tanya , mulut membisu tanpa kata kata dan diam terus membisu mengisi ruang yang ada dalam diri sendiri . 


ilham pergi ,
mulut terkunci ,
jiwa mati ,
hati hilang ,
kosong ..





Atas kaki sendiri .



bertanya si hati untuk kepastian 
diri boleh terima jika dikatakannya 'Tidak' 
there's nothing to worry about dengan si hati jika itu lah yang dikatakan , sejujur yang mungkin 

pertanyaan si hati bukan untuk kalutkan keadaan tetapi untuk si hati
yang sudah lama beku mendiamkan diri
biarkan dilanyak , biarkan dipijak
sekali gus 
sudah menimbulkan rasa hilang kehormatan bila terusan diperlakukan sebegitu

sebegitu , bagaimana ? 
itu lah yang boleh bikin kalut sebenarnya 
mana mungkin diri boleh terima jika ditanyakan kembali soalan itu oleh yang berkata 
mana mungkin itu pun tidak ada jawapan 

cukup lah 
pertanyaan itu adalah hadiah bagi kebenaran untuk si hati 
apa yang perlu dilakukan si hati , 
percaya 
jika sudah berkata 'Tidak' ,
maka itu lah yang perlu diterima jika itu sudah mencukupi untuk bahagia .