Thursday, May 31

Masih tidak tahu diri .



kamu boleh berdiri di situ dan tersenyum
kamu boleh duduk di sana dan ketawa
tetapi kamu tidak boleh menipu saya
saya tahu ianya cuma topeng
kamu cuba berbohong kepada saya dan semua orang
tetapi kenapa kamu berbohong pada diri kamu sendiri ?
kamu boleh berlagak tenang bagaikan tiada apa yang berlaku dan cuba untuk kelihatan hebat
tetapi saya tahu emosi kamu
saya tahu kamu bodoh , dungu
kamu setidaknya layak untuk terus berada di situ , kawan
saya sungguh benci untuk mengatakan ini
tetapi jujur lah ini sebenarnya pengakhiran kita

apa apa pun kamu katakan semuanya yang benar
betul itu
saya tidak pernah berkata kamu tidak betul
begitu juga saya
saya tidak mengatakan saya betul atau salah
tetapi mungkin kadang kala sebaliknya
apa yang sebaliknya ?
kadang saya rasa tidak tahu
dan rasa itu membuatkan saya rasa perjuangan untuk membetulkan itu semua
tidak berbaloi

saya rela mempersalahkan diri sendiri
mungkin saya sudah menjadi pemain di dalam permainan yang dicipta oleh kamu sendiri tanpa sebarang permit
itu menyebabkan saya rasa saya kehilangan kuasa untuk terus bermain
saya cukup dikenali dalam permainan yang kamu cipta itu
tetapi sikap kamu yang terlalu bossy itu
yang terlalu inginkan kemenangan sebelah kamu sahaja
saya terpaksa relakan saja kemenangan maruah saya mengundur diri

saya terpaksa berhadapan dengan perkara yang sama dengan kamu beberapa kali
notis itu !
perkataan kasar mana yang tidak pernah kamu katakan
perkataan kasar mana yang tidak pernah kamu lemparkan
perkataan mana tidak pahit apabila dipaksa telan
bila difikirkan mungkin itu lah yang diajar kepada kamu selama kamu hidup
mungkin itu sudah dididik oleh suasana di sekeliling kamu
mungkin juga sebab faktor kematangan
kamu merasakan kamu berhak untuk itu

cetek !
karat sungguh otak kamu ,
kamu seharusnya beringat apabila ingin mengatakan sesuatu
kerana dengan kata kata
sudah cukup membuatkan seseorang itu menang
berpaling daripada kamu dengan penuh bermaruah di pengakhiran nya
itu lah nasib diri kalau sentiasa menginginkan sesuatu yang baik tetapi sebenarnya ,
itu bukanlah yang terbaik .















No comments: