Monday, May 28

Doesn't care but have to face it alone . La Tahzan ..

ada telinga , dengar dengan teliti apa yang diperkatakan
ada mata , lihat apa yang tertulis
ada mulut , cakap apa yang sebetulnya
ada tangan , ada kaki , gunakan sebagai pembawaan diri jauh , jauh dan jauh selagi daya
.. dari apa yang telah didengar
.. dari apa yang telah dilihat
.. dari apa yang sudah diberitahu

ada hati .. ?
ada otak .. ?
sebenarnya dua benda itulah bikin segala kalut .
selepas apa yang didengar , dilihat , diberitahu
apa yang dua itu lakukan .. ?
apa yang di putuskan .. ?

jawapan .. tetap tiada apa titik

pada mulanya , telinga seperti dipanah petir
apa yang didengar , dirasakan tidak betul
rasa seolah olah bara yang panas membakar bikin telinga sakit , pedih .
diam lagi , berlakon seperti tidak didengar
olehnya apa apa

kemudian , mata dijamah dengan tulisan bagaikan mencucuk cucuk ke dalam mata
hati membuak buak mahu tahu apa yang sebenarnya daripada mula
tulisan yang tidak enak dibaca itu dibaca juga satu persatu
soalan demi soalan di beri
jawapan demi jawapan pula berselirat dengan kata kata kemenangan bagi dia
bagi kau , itu cuma kata kata penafian
bukan itu sebenarnya yang ingin diluahkan
tetapi sebaliknya
itu semua dibuat sebab apa .. ?
tepuk dada , tanya selera

mulut pula bagaikan halilintar
satu persatu perkataan yang kurang enak juga boleh kira ,
menyumpah seranah , mengeji , melenting , memboikot apa yang dilihat
biarlah mulut berbicara
biarkan telinga orang lain menjadi sasaran
biarkan aje lah mata orang lain melihat apa yang dilakukan ketika mulut ligat berkata kata 'manis' kepada yang berhak menerima


padahal kau sedia maklum
dia tidak akan peduli
jika itu yang ditulis , terluah dari hati sendiri
kau kena terima
dia tidak endahkan apa yang kau hendak perkatakan
bagi dia , itu lah satu kepuasan

satu kepuasan dengan kata kata penafian
satu kepuasan kau senyap tanpa berita dikatakan buntu dengan cara itu
satu kepuasan kau dah lakukan yang terbaik tetapi dia lukakan kau dengan kata kata yang tanpa disedari telah dinafikan oleh kau sendiri
satu kepuasan bagi dia menuduh kau tidak memahami
satu kepuasan juga barangkali bagi dia apabila diberitahunya kepada orang lain yang tidak berhak tahu sesuatu itu tetapi terusan memberitahu , kononnya luahan hati tetapi yang berhak itu sepatutnya tahu tidak pula diberitahu



ah , celaka lah hidup kalau begitu seterusnya
kau yang sengsara
orang lain juga bahagia barangkali sebab ada peluang dan ruang untuk niat syaitan 
terusan lah bermasalah kau dan dia kalau betul salahnya tempat yang dituju itu

fikiran cetek itu nanti akan mendatangkan musibah 
masalah dibikin nya masalah lagi
sudahnya kau lintang pukang memikirkan lagi dan lagi apa yang harus dilakukan

tetapi percayalah ..
pada masa itu , baru lah kedua itu berguna 
otak dan hati itu 
mungkin boleh berfikir dan mati 
apabila sudah sampai had nya 
kau yang tenggelam di sebalik rupa syaitan syaitan bertopengkan malaikat itu nanti 
masa itu , penyesalan sudah tiada erti 

























No comments: