perencah kehidupan :')
BUTA , BISU , KETAWA DAN MENANGIS .
Bila aku jalan orang kata aku buta
Bila aku diam orang kata aku bisu
Bila aku ketawa orang kata aku gila
Bila aku menangis orang kata aku dah buang tabiat agaknya
Tapi, aku memang buta ..
Buta dari melihat harta dunia
Buta dalam mencari cintaNya
Buta demi mendapatkan keredhaanNya
Buta sebab menangis kerana dosaku Padanya
Aku memang bisu pun ..
Bisu dari kata-kata yang sia-sia
Aku bisu dari kata-kata yang palsu
Aku bisu dari cinta yang mengikut hawa nafsu
Aku bisu dari mengumpat orang tidak menentu
Aku suka sangat ketawa ..
Sebab ketawa pengubat hatiku yang luka
Dengan ketawa aku menjadi gagah perkasa
Dengan ketawa aku menutupi kesedihan dan buat orang bahagia
Dengan ketawa aku dapat membuang segala amarahku pada manusia
Tapi.. Bila aku menangis.
Aku sedar taraf aku dimana
Aku sedar aku hidup untuk siapa
Aku sedar aku akan mati juga akhirnya
Dan aku sedar tempat kembaliku dekat kubur juga
Aku sedar yang cinta dunia tak akan kemana-mana .
tapi , apa yang saya ingin katakan sekarang ..
ini kerana sikap manusia yang terlalu memuja pendirian diri sendiri tanpa berpaling memuliakan segala yang ada di belakangnya . mereka fikir mereka terlalu mulia untuk menerima sebuah cela . Tidak salah memberi harapan kedua kerana kita juga manusia biasa . Kita manusia biasa yang mungkin akan membuat sekali lagi kesilapan. Jangan terlalu mudah menjadi penghukum .
* pilih lah hati .. mana yang kau setujui .
:')
No comments:
Post a Comment