Tuesday, April 3

cukuplah memperbodohkan orang lain

awak ,
saya tak akan menangis kalau awak tak sakitkan hati saya .
saya tak akan menangis kalau hati awak tak busuk .
saya tak akan menangis kalau pemikiran awak tak kolot .
saya tak akan menangis kalau awak tak benarkan lisan awak mengeluarkan kata-kata yang pedih umpama pisau yang tajam .
saya tak akan menangis kalau awak tak merelakan jari jemari awak menaip sesuatu yang buruk mengenai saya .
saya tak akan menangis kalau awak biarkan sahaja mata awak melihat apa yang saya lakukan .
saya tak akan menangis kalau awak bersedia untuk mendengar apa yang ingin saya sampaikan ke telinga awak sendiri .
saya tak akan menangis kalau awak biarkan tangan saya menyambut tangan awak sebagai tanda niat murni awak untuk memberi pertolongan ketika saya memerlukan . 
saya tak akan menangis kalau awak biarkan kaki saya melangkah bersama awak jika saya ketinggalan di belakang .
saya tak akan menangis kalau awak tidak mengenal erti putus asa dalam persahabatan . 

awak , 
saya buat begitu untuk kita bersama .
saya buat begitu untuk menghilangkan segala syak wasangka saya selama ini pada awak .
saya buat begitu untuk melupakan segala macam benda yang pernah terjadi pada diri salah seorang di antara kita . 
saya buat begitu untuk merapatkan hubungan persahabatan diantara kita . 
bukan untuk kita berdua , bukan bertiga , bukan juga bereempat ,
tetapi untuk kesenangan semua orang yang ada disekeliling saya dan awak . 

tapi , 
kenapa setelah saya buat begini , awak masih mahu mengguris hati dan perasaan saya .. ? 
kenapa setelah bermacam-macam benda saya lakukan , masih ada kesalahan saya dimata awak ..  ?
kenapa setiap kali apa yang diucapkan daripada mulut awak , benda itu sudah cukup untuk saya mengalirkan airmata ..  ? 
kenapa setiap kali apa yang dilihat mata kepala saya sendiri , saya terasa bagaikan awak menzahirkannya di depan saya .. ? 
kenapa sering kali telinga saya bagaikan terngiang-ngiang perkataan yang sering awak ucapkan .. ? 

awak , 
saya kawan , saya hanya mampu berikan awak semangat .
saya kawan , hanya mampu berikan senyuman yang ikhlas ketika awak gembira .
saya kawan , hanya mampu mengalirkan airmata ketika awak kesedihan .
saya kawan , hanya mampu menghulurkan tangan memberikan kekuatan untuk awak terus berdiri daripada saya melihat awak jatuh ketika awak berasa lemah . 
saya kawan , hanya mampu memberi kata nasihat ketika awak dilanda kekeliruan .
saya kawan , hanya mampu menadah telinga mendengar apa yang ingin awak suarakan pada yang tak sudi . 
saya kawan , hanya mampu jadi kawan yang boleh dipercayai sehingga awak masih sudi . 

awak ,
saya akan cuba pekakkan telinga di saat awak masih lagi ingin meluahkan apa yang tidak puas hati .
saya akan cuba butakan mata di saat awak menunjukkan kebencian pada diri . 
saya akan cuba bisukan mulut di saat awak menghina dan mencaci .
saya akan kuncikan tangan dan kaki di saat awak tiada keseimbangan diri . 

saya tahu awak masih menyayangi hubungan persahabatan ini .
tetapi ..
disebabkan ego , penting kan diri , sikap suka menghina dan mencaci 
awak jadi begini .
sebagai kawan , sekali lagi saya hanya mampu menasihati .
lakukan perubahan pada diri .
lupakan segala kisah lama , sedarkan diri .
kembali ke jalan yang boleh dipercayai . 
saya seperti biasa ..

masih menanti  :')


I LOVE YOU , KAWAN .

No comments: