Wednesday, April 18

kecelakaan yang tidak berhenti datang menguji .

' Aina , jangan fikirkan sangat . nanti otak kau mati , tak berfungsi . '

orang nasihat macam macam , itu ini , lagi dan lagi , selepas itu  , ini .. aku ? nak bagi jawapan yang sama berulang kali ke kalau mereka tanya lagi dan lagi .. punya lah nak kan jawapan yang pasti . apakah ini ? aku sendiri buntu tak berhenti henti . 

texting .. 

' wei , masalah . '
' lagi ? '
' bengong sekejap , mata kiri berkedip kedip . nak jadi apa lagi lepas ni . masalah tadi dah settle , takkan ada lagi masalah lepas ni .. ? '
' kau jgn fikirkan sgt . nanti otak kau mati , langsung tak berfungsi . apa kau ni ? cerita kat aku ., '
' call kejap , nak menangis ' 

hey . ! engkau boleh share masalah kau dengan orang , orang boleh dengar masalah kau . tapi .. pemikiran setiap orang yang mendengar kau bercerita tu , berlainan . kau boleh kata itu , boleh kata ini . sama lah juga dengan mulut orang . orang boleh bagi pendapat macam macam dekat kau . tapi kau tak boleh nak pilih semua cadangan yang orang bagi dekat kau . malah , kau tak boleh bias , tak boleh nak ikutkan kata orang . kau nak tahu sebab apa ? sebab kau kena jadi diri sendiri . maknanya , akhir cerita kau tu , kau kena buat pilihan sendiri , bagi motivasi dekat diri sendiri . ikut mana satu yang kau rasa selesa dengan kau . orang berkata kata , mengikut ' aku rasa , aku rasa ' ..sampai bila nak ikut rasa orang ? masalah kau pergi bercerita dekat orang pun , tak akan selesai masalah juga . sebab kita ni hidup untuk orang lain . tapi ada orang , ayat ' hidup untuk orang lain ' tu dia fikirkan yang positif .. tetapi yang sebaliknya .. ? manusia plastik . bahan cerita orang dijadikan cerita sensasi yang nak dikongsi kongsi , kononnya nak menolong minta pendapat tetapi dalam keadaan tidak sedarkan diri mesti ada jugak yang akan berkata kata something yang menjengkelkan . kawan ... percaya ke kau Aina dengan kawan kau  ? 

*******************************

manusia , fahamilah diri ini .
dah penat nak menghindarkan diri .
dah penat nak berdiam diri . 
adakala sunyi 
adakala happening
kenapa nak sangat jadi manusia plastik 
perlu ke masalah orang , awak nak jaja sana sini 
awak tahu dari awal , saya fikir awak boleh dipercayai

ya Allah , diri ni dah terlalu lemah ..
sangat sangat .
dengan masalah orang terdekat yang tak pernah pernah nak memahami . 
ikut kepala sendiri ..
masalah tak nak dikongsi ..megah dengan orang sana sini .
yang setia menjadi pendengar setia untuk diri .
celaka kau ! 
pergi .. 
 
sumpah weii ..
jangan tengok aku begitu , begini .. aku sekuat yang disaksi dengan mata kepala sendiri .
sikap aku yang memang sukakan perhatian jangan nak dipertikaikan 
kalau tak nak , pulangkan kembali apa yang diambil ..
diri ni dah takda airmata nak mengalir .. 
hati je selalu sakit tahan perit .
tolong lah .

*******************************

minta kawan call 2 , 3 pagi .. macam apa . minta tolong happy kan diri .. 
 dia tanya buat apa .. ? tengah update blog . dia kata , untuk apa ? diri ni kata , saja nak luahkan isi hati . kawan nasihat .. 
buat apa nak luah dekat blog .. ? kenapa mesti nak heboh di facebook ada orang membenci .. sembahyang tak ? diri ni kata , mestilah , wajib kan . kawan kata , dah tu , kau percaya Allah itu ada  .. diri ni kata , percaya . kawan kata , berdoa kan senjata kita . minta permudahkan segala urusan hari ni serta seterusnya . jangan di labelkan sangat masalah di merata rata tempat . nanti jadi fitnah . mulut orang suka berkata kata , kita tak tahu mana yang fakta , mana yang auta . diri ni bertanya lagi . kalau dah kita minta dipermudahkan segala urusan , orang yang menyusahkan kita tu , dia tak minta ke semua tu ? Allah tak perkenan kan ? ke apa ? kawan kata lagi . itu mungkin ujian buat kita , kita kena terima .. itu lah sebab nya ada yang kata , kita ni ada masa senang , ada masa susah . so , yang mencelakakan lagi kesusahan kita yang bertimpa timpa tu , dalam keadaan senang lah tu . kita ni yang susah .. kita sabar . hari ni hari kita , esok lusa hari siapa tak tahu . mungkin dia . diri ni diam menelan masin airmata . masih lagi kekeliruan . 
tapi masih meminta Allah perkenankan doa di dalam hati .

* kawan , terima kasih berikan nasihat . time ni aku susah , kau tolong . hari kau nanti , insyAllah aku pulak yang akan menggantikan semula tempat kau seperti ketika ini . 

kepada mereka mereka yang setia di sisi , tidak mengerti tidak mengapa .
mungkin mata ini masih boleh melihat , mulut ini masih boleh berkata , telinga ini masih boleh mendengar ,
akan aku bertahan selagi Maha Pencinta tidak menarik kebolehan aku untuk membuat itu semua . 

Salam .




2 comments:

Ninie Hasuni said...

lekk lekk. Cuba cool .
Biar laa orang nak benci kita.
Hidup mana mana pun akan ada yang benci kita. buat baik pun orang benci, buat jahat pun lagi orang dok mengata. So, just be yourself ok :)
Take care.

Kekno said...

thanks kak wani :) just trying be myself but seperti ada yang ttap nak jadi controller :')