Tuesday, May 22

sungguh kejam , tak berperikemanusiaan .




Ya Allah , payahnya nak faham diri sendiri . dah macam macam dibahagi bahagi , diberi beri . hasil .. ? jawapan .. ? respons .. ? tetap sama . macam ni ke cara nak faham diri orang lain kalau perangai sendiri tak nak diubah ubah , di nilai nilai . memang penat plus buang masa jelah .

di saat orang lain perlukan awak .. apa yang awak buat ? berjoli ? gelak ketawa seperti tiada apa yang nak dirisaukan ? dasar manusia aina kejam , awak nak apa yang awak nak . pernah fikir apa yang orang lain nak ?  bila ada masalah , baru tahu nak menyesali keadaan diri sendiri yang serba tak kena . fikirkan kesalahan .. ? sebelum ? tak fikir . otak cetek .. terlampau . aigooo aina .. ! bodoh nya kau ..

mencari kesalahan orang memang kerja mudah tapi apa yang akan terjadi selepas itu , effects nya , dasar aina kejam tak berperikemanusiaan yang kena tanggung . balik .. ? yes ! dasar aina yang kejam juga dibebani , dihujani ujian , ujian dan ujian . dasar aina kejam tak berperikemanusiaan ni dah buat semua orang salah tafsir . apa yang fakta , diauta kan . fahami lah , dasar aina yang kejam tak berperikemanusiaan ni berkata auta di bibir . berkata fakta di dalam hati . dasar aina yang kejam ini harap kan pemahaman daripada orang sekeliling . tapi , ternyata sia sia dasar aina yang kejam . bala semua itu .. dah tiada guna untuk dimengertikan oleh sesiapa . musuh ? lagi suka .. lagi tak akan faham .

wahai manusia , fahami lah . kata musuh itu terluah setakat di bibir . di hati , jauh mengenangkan kebaikan , teguran , kata semangat yang pernah diberikan . tak terjangkau di fikiran untuk berkata kan kepada wahai manusia itu , musuh nya diri mereka . hanya auta semata mata . untuk menunjukkan diri ini masih diperlukan orang lain . masih ada orang lain . selain musuh ..

sesungguhnya pada ketika ini , hati terlalu berat untuk mengiakan apa yang belum pasti . tapi sampai sekarang masih kesepian , tiada kata putus . masih terbengkalai , masih diusung rasa sunyi . mana pergi semua rasa yang memenuhkan kesepian itu ? tak ada kan sekarang ? dasar aina yang kejam dan tak berperikemanusiaan ini terlalu bodoh . menunggu apa yang tak pasti . dasar aina yang kejam ini Degil , kata kawan . masih tak matang .. walaupun berlagak matang , muka matang tapi perangai masih budak hingusan . masih menangisi kesengsaraan yang belum pasti akan muncul menggantikan kegembiraan .

dasar aina yang kejam dan tak berperikemanusiaan , sedar lah diri . ada orang sudah mengatakan itu pada kamu sebelum nya . itu tanda untuk menyedarkan diri kamu kembali . bukan salah sesiapa . mungkin ada benar kata itu . biarkan dia berkata kata seperti itu walaupun pada hakikatnya , hati ini terlalu sempit , terlalu pahit untuk menelan kata kata penghinaan itu .

dasar aina yang kejam , tak berperikemanusiaan .. bangkit kamu bukan mengalah , jatuh kamu bukan kemenangan pihak tertentu . itu lah jalan cerita kehidupan . yang perlu diperbetulkan kelak . ada baiknya begitu dan begini untuk semua pihak . jangan salah ditafsirkan . biarkan Dia yang tentukan sendiri apa yang selayaknya diterima . kalau tidak , berterusan lah kau jadi manusia yang kejam dan tak berperikemanusiaan .

p/s - jangan sempitkan pemikiran dengan masalah orang yang datang bertimpa .
luaskannya dengan cara membantu menegakkan apa yang selayaknya diperbetulkan .


















No comments: