Thursday, May 24

Segenggam tabah .




seruan Ilahi menjemput umatNya menunaikan kewajipan
tanpa disedari kadang kala diri ini lakukannya sambil lewa , 
selalu membuang masa 
semata mata untuk mencari ketenangan sementara 
dengan harapan , khusyuk lah apabila dilakukan suruhan itu 

pabila sudah rasa perasaan tenang menguasai diri 
baru bergegas memaksa diri kecepatan agar tidak terlalu lewat untuk menunaikannya 

niat di hati agar diberikan ketenangan 
tidak dicampuradukkan dengan masalah yang menimpa
tidak pusing otak memikirkan apa yang tidak sepatutnya pabila menghadapNya  
cuba fahami apa yang dibaca 
cuba tidak lupa rukun yang wajib dilakukan 
cuba mengandaikan Dia berada di hadapan mata 
ketakutan apabila lakukan kesalahan 
dah lakukan kesalahan , sekaligus apa yang dibuat ternyata akan menjadi sia sia 

kekuatan menghadap Dia ketika hati sedang bergetar melawan resah 
ketabahan diri menahan airmata daripada jatuh bersisa 
itu semua adalah kerana kesabaran untuk mengakhiri kewajipan 

tetapi tidak lagi pada sujud yang terakhir
tika dahi menyentuh sejadah yang menjadi saksi ketika itu
buat kali terakhir sebelum penghabisan
airmata tidak bisa bertahan lagi untuk mengalir
terasa diri begitu dekat dengan diriNya 
diriNya yang dilupai ketika berada di atas , kesenangan 
tetapi diriNya juga yang disembah ketika di bawah , kesempitan
apa lah diri 
baru sedarkan diri apa yang sangat dikesali
sebelumnya , kejahilan menguasai diri
begitu gah dengan kesenangan yang dikecapi

biarkan dia 
kata dalam hati sendiri 
biarkan dia jatuh jika itu yang membuatkan Dia mengetahui apa yang sangat sangat dirasai oleh hambaNya
seharian bergetar jiwa keresahan 
menunggu detik detik itu
saat airmata jernih itu keluar dirembeskan 
keluar daripada empangan yang sudah terlampau banyak isinya bertakung
sebelumnya duduk diam menahan 
semata mata untuk kekuatan diri
agar tidak menangisi apa yang tiada berguna

empangan pecah juga , tiada apa lagi yang boleh menghalang
Dia saja yang menjadi saksi
teresak esak hambaNya menyesali apa yang telah dilakukan
pada saat itu
semua permintaan dilafazkan
agar segera dimakbulkan
agar segera diperkenankan
kerana diri sudah tiada daya , terlalu lemah
maka , minta diberikan kekuatan semula membaiki kelemahan diri
dari hari ke hari
bukan untuk sesiapa lagi
tetapi cukup lah untuk diri sendiri yang menginginkan kemuliaan disisiNya


>>  bibir mudah melafazkan bencinya apabila diperlakukan sebegitu dan sebegini
      tetapi bila di tinggalkan sepi , otak berfikir tiada siapa yang boleh dipersalahkan melainkan diri sendiri
      semuanya datang dari penerimaan hati sendiri yang membenarkan yang dibenci menguasai hati
      bersetuju bukan di atas kertas tetapi hanya cukup luahan yang sedikit demi sedikit
      sudah menenggelamkan benteng kekuatan hati
      dahsyat penghormatan diri sendiri dilanyak lanyak
      cukup lah selepas ini jika kebenaran sudah diketahui nanti
 
hati , mohon kesabaran . suatu hari , pasti akan disembuhkan semula luka yang masih berbekas .
















You're not me but Allah knows .


wherever you are , wherever you are facing , Allah knows . when you think you've tried everything and don't know what else to do , Allah has the answer . when you feel alone and your friends busy with their affairs , Allah is always on your side . when you've been crying for so long and your heart still feels pain , Allah counts your tears . if you feel tired and powerless , the effort seemed futile . Allah knows how hard you try .


this is my journey .
He puts me here .
it's His plan not us .
so , 
I've just to carry on and trust Him not you , again .

I hope you too , babe !
don't be too naive but more to nice .
that's good enough .

Wednesday, May 23

Miracle .


bila diberitahu  , disangka nya akan mengerti tapi rupa rupanya semakin tak difahami .
apa lagi yang tak puas hati , apa lagi yang diingini tak tahu . 
bikin kusut segala , bikin kalut semua awak ni .
mahu katakan apa lagi kalau dah hati tu tak mau kan insan ini dijadikan salah seorang daripada mereka itu .
ramai sangat dah kan mereka itu , so buang saja insan kerdil ini . 
tak perlu nak berteka teki seolah olah bikin diri itu mahu sangat ditunjukkan kejahilan diri . 
mengata sana sini  . mahu sangat orang tahu semua semua macam mana , itu ini .
kata diri insan lain bagaikan tiada kesalahan dalam diri .
bagus sangat lah diri itu nanti , semakin ramai yang bagi kata perangsang yang entah apa apa tanpa diselidiki ,
diri itu megah sana sini . konon nya diri itu betul lah sangat semuanya .
tak perlu percaya , cukup sedarkan diri .
cerita itu , ini yang dijadikan bahan sensasi disana sini itu nanti , boleh bawa diri itu  melambung nan tinggi . 
akhirnya , makan diri sendiri .

manusia , kalau tak tahan dengan kata kata yang boleh bawa diri itu terasa 
tak perlu nak dipaksa pergi 
bawa je diri tu jauh jauh 
tak perlu nak berkongsi kongsi apa yang tak pernah wujud pun
sia sia saja nanti 
diri sendiri tak betul , tak perlu nak perbetulkan diri ini 
biarkan saja seperti ini
kata kata itu , ini diri itu dah buat insan lain geli hati 
nampak di situ kebodohan diri 
ikut kata orang sana sini 
alih alih , orang lain juga dipersalahkan 
tak perlu nak tunjukkan diri itu terlalu naif dengan keadaan sekeliling
rasakan tidak puas hati , bagi saja sekali
biarkan apa yang orang lain perkatakan , jangan sampai orang lain dikhianati
kesian , tidak mengerti tetapi sudah sedia dicaci maki 

memang ada kesalahan pada diri  tetapi kalau betul lah diri itu sedia memaafi 
tiada lagi isu berbangkit seperti sebelumnya lagi 
nampak ke tidak si manusia hatinya kotor , 
kamu mempermainkan lagi 
lagi
lagi
dan lagi .. 
apa yang diri itu nak lakukan selepas ini .. ?
tak perlu diberitahu segala apa pun yang hendak dilakukan 
masing masing tahu apa yang dirasakan salah 
jangan sentiasa lakukan itu 
berdoa sentiasa tetapi meluahkan apa yang sebaliknya di mana mana juga 
akan menjadi sia sia 
sebab itu hati semakin disakiti
oleh hal hal tak bersangkutan
kerana niat sentiasa disalah gunakan oleh diri sendiri . 


psst .. ! berubah lah untuk diri sendiri . bukan untuk orang lain .. itu amat memualkan dan teramat lah sangat menjengkelkan dimata kami , pembaca yang sudah setia menunggu entri yang bakal dikarangi . tahu sangat apa yang bakal diluahkan nanti , kesian .. tiada yang special ke selain daripada speSial  .. ? 

salam kemaafan daripada kami . * selaku leader

mengejut , terkejut , kejutan . which one ?

lagu di blog sendiri dah banyak kali dimainkan . otak ni masih lagi lembap nak keluarkan idea , apa yang nak dikarang kan sekarang . bosan sangat dah ni . fikir punya fikir , okay dah dapat ! nak cerita pasal ke-berjaya-an abah beli apa yang didamkan sangat selama ni . before , benda lain tau . lepas tu bila mata dia dah tengok ada yang lagi latest , apa lagi . huh ! rembat malam tadi juga . itu pun atas bantuan saya dan kakak sulung . petang tu kami berdua keluar tapi abah sempat lagi minta pergi bank , keluarkan duit . percaya sangat kan dengan anak dia yang dua ekor ni bhahaha .. yes ! percaya lah , kami tak songlap nya duit abah sendiri haha . 

wow ! banyak balance tu , hehe . okay , sentiasa ingat , tanam dalam kepala , duit bukan untuk berjoli dengan apa yang tak berfaedah sebab zaman sekarang makin maju , semua benda nak kena pakai duit kan . so , simpan lah banyak banyak untuk kegunaan di masa kesempitan . itu amanat yang selalu dikatakan abah kepada kami . sebab kami berdua memang suka membazir , nak nak pasal makan ! keding je badan masing masing tapi mulut besar besar gedabak bhahahaha . tak percaya ! tanya lah mereka di sekeliling , betapa saya ni banyak makan hahaha . 

okay , lari tajuk sudah . sekarang misi yang utama . apa yang ke-berjaya-an abah tu .. ? haha . ini dia .. !

SAMSUNG GALAXY S ADVANCE 
before , nak dijadikan cerita , abah suruh kami berdua pergi usha usha je dulu . tanya itu , tanya ini kat owner kedai yang ada jual benda alah ni . kami memang jadi anak yang terbaik lah kan , buat apa yang disuruh  tapi ada lagi yang harus dipuji dan seharusnya memang terbaikkkk ! apa kami buat .. ? 

yes ! deposit dah dibayar , RM30 . resit itu sudah berada di tangan kami dan malam ini officially akan beralih ke tangan abah kami pulak . bukan resit itu saje tapi benda alah tu lah juga nya pun hahaha . ' nanti malam you angkat okay , I dah booking untuk you ' .  itu ayat owner kedai hahaha . kami berdua keluar kedai dengan muka ... wah ! bangga jadi anak abah sebentar . buat apa yang disuruh kan hihi . mana tak bangga . balik rumah , bagi resit , abah tanya . ' apa ni ? ' haha . soalan ke apa ? okay , abah tak tahu . so , bagi penerangan itu dan ini . ' siapa suruh bayar deposit ? ' haha . sekali lagi soalan ke apakah itu ? hahaha . masing masing buat muka tak tahu tapi abah .. ? ' malam ni kena ambil juga lah . ' hahahaha . itu lah penangan anak anak abah ni bagi hari itu hahaha . 

malamnya .. dengan rasa bangga jadi anak abah , follow pergi kedai bawa resit untuk dituntut apa yang patut dijadikan harta sendiri haha . bangga sangat , bukan saya dengan kakak punya pun hahahaha . okay lah tu , bangga sebab jadikan mimpi abah jadi kenyataan kan . yelah , kalau nak ikutkan abah tu dah banyak kali tak menjadi nak beli benda alah ni , tapi tidak hari itu . abah pun dah lama berangan nak pakai phone touch touch kan . macam anak anak dia . haha .. akhirnya .. phone berada di tangan abah juga :) sekali lagi , keluar kedai dengan muka bangga . bukan kami berdua lagi dah muka begitu , abah punya semyum ., bikin kami bertambah bangga . 

btw , well done singah , silong :)  

next , rasa nya ini pun dalam proses mama kata . apa apa pun semoga berjaya , abah . ke nak kami booking kan juga .. ? bhahahaha . ikutkan anak , hulur aje duit itu , jalanlah kerja . mudah aje pun bhahahaha .. :) 

mitsubishi pajero 


















Tuesday, May 22

Sumpahan .

luluh hati bila mengenangkan benda yang dah terjadi kan . rasa nak tak nak je terima . tapi apakan daya , rasa keterpaksaan itu yang ingin kan kebenaran sebenar benarnya dah hancurkan segala . tanpa sedar , dasar aina yang kejam ini dah sia sia kan segalanya . rasa sesuatu yang pernah berlaku suatu ketika dahulu , menjelma kembali . tanpa disedari , dasar bedebah ini dah bikin semuanya kalut . memang dasar lah kau Aina .. ! tak bersabar , tak memahami , tak selidiki , tak bertanya kan apa yang sebenar . kau meroyan memikirkan apa yang telah terjadi . kemudian kau menakluki , kuasai . kau fikirkan itu rancangan yang berjaya . bedebah kau ! akhirnya , bawa penyesalan pada diri .

Situasi A .. ( si dia first )

katanya pergi hanya sementara . diberikan kepada Aina kepercayaan untuk membiarkan dia pergi . mula mula , macam macam diberi . macam macam kata diucapkan . macam macam janji ditaburkan . bila kepercayaan dah semakin melambung tinggi , megah dengan kepercayaan yang telah diberi , tanpa sedar .. suatu hari , hidup berubah sekelip mata . tanpa sedar , janji yang ditabur , kepercayaan yang dah diberi , bersifat sementara . ditinggalkan sepi tanpa kata kata kejujuran apa yang sebenarnya terjadi . diberikan kepada hati kepercayaan sekali lagi oleh diri sendiri untuk mempercayai . nak juga mempercayai , giliran Aina pula mengatakan janji , dengan harapan tiada lagi mimpi ngeri . namun , dalam ketika itu ada juga rasa tak mempercayai .berharap lagi  kali ini , biarlah apa yang difikirkan tidak terjadi .. tapi .. bagaikan batu besar menghempap kepala , menguasai segala , kesedaran semakin memuncak . betul lah apa yang difikirkan sepanjang tempoh kepercayaan itu diberikan kepada diri , dah tiada guna lagi .. pergi lah kau pergi . aku menyesali dengan perbuatan pada diri sendiri . redha dengan apa yang diterima . janji pada diri , jadilah yang terbaik untuk diri selepas ini .. 

Situasi B .. ( si dia second ) 

tiada beza , masih di kelompok yang sama . Ya Allah , sedihnya hati . kenapa lah diri ni selalu disalah erti , selalu dibikin seperti mainan yang tak bernyawa . yang boleh dicampak campak , boleh disepak terajang , boleh dikoyak rabak segala apa yang dah  tersedia . mungkin hati ni tak nampak rabaknya bila disakiti . mungkin tak dapat dilihat wajah kedukaan bila didapati , hati dipermainkan . tapi sedarlah diri , semua orang ada hati dan perasaan . mohon pengertian . bukan untuk meminta simpati tapi jauh untuk minta difahami . lebih berharga daripada disakiti . apa je yang tinggal jika dilayan sebegitu rupa . tiada apa . situasi ini sama juga , lain yang dikata , lain yang dikota . apa dah jadi dengan kata kata tadi . belum dikota tapi dah buat orang lain sengsara . hati ni terlalu rapuh bila diminta untuk memahami diri . permintaan hati ini .. ? belum dikota . macam mana ? Ya Allah , musibah .  dahsyat sangat apa yang dibalas . tanpa sedar juga dalam situasi ini , hati masih dipermainkan . penantian demi penantian dengan penuh rasa kesabaran .. akhirnya , lemah longlai diri ini bila penantian tiada juga pembalasan yang mana rasakan bikin hati tenang seperti permulaannya . tidak .. ! bukan itu yang dibalas . penyesalan di tengah jalan . Aina rasa hati dah tak boleh terima apa yang dilakukan . 

kawan kawan mendoakan kebahagiaan tapi celaka lah kau semua . hanya Tuhan balas segala kebaikan yang pernah diberikan . kawan minta penjelasan tapi apa lagi kata yang mahu diberikan . segalanya pembaziran , tiada guna lagi . Aina putuskan , biar kan kalian seperti itu jika itu yang bikin diri kalian bahagia . suka mempermainkan ! 

Situasi C .. ( si dia selamanya , insyAllah )

Biar jasad terpisah ,
Biar kasih teruji , 
Kau tetap satu , 
Dalam hatiku .. 

InsyAllah .. akan ada penyambungan . 
mohon kesabaran untuk kebenaran jika itu yang minta dimengertikan . 

p/s .. kepada Bekas , pahit manis semua Aina telan . antara kita semua tidak ada penghujung , semuanya sama , bersangkutan . jika ada kesilapan , mohon dimaafkan . sesungguhnya Aina bukan sesiapa , hanya manusia biasa . sesuatu yang ingin dikatakan sehingga ke saat ini , Aina masih bisa bernafas tanpa kalian .